Digital Asset selaku pencipta Canton Network dan Kinexys oleh JPMorgan merancang membawa token deposit USD JPM Coin yang juga dikenali sebagai JPMD untuk dilancarkan secara native di Canton Network pada tahun 2026.
JPM Coin diterangkan sebagai token deposit berdenominasi USD yang dikeluarkan bank untuk klien institusi dan mewakili tuntutan digital ke atas deposit dolar AS yang disimpan di JPMorgan tetapi dipindahkan menggunakan infrastruktur lejar teragih.
Sebelum bergerak ke Canton, JPMorgan sudah mula menggunakan JPM Coin di rangkaian Base milik Coinbase untuk klien institusi dalam bentuk perintis dan bank itu juga memberi isyarat akan menyokong lebih banyak blockchain awam dari masa ke masa sebagai strategi multi chain.
Langkah ke Canton dibuat kerana ada permintaan semakin meningkat daripada syarikat yang memang lahir dalam dunia digital dan juga syarikat tradisional yang mahukan pergerakan wang lebih pantas dan lebih selamat menggunakan rel blockchain awam.
Pihak Digital Asset menggambarkan kerjasama ini sebagai usaha merealisasikan wang digital yang dikawal selia supaya boleh bergerak sepantas pasaran termasuk untuk kegunaan pembayaran dan penyelesaian transaksi yang lebih efisien.
Kinexys pula menekankan gabungan dua nilai utama iaitu keselamatan deposit yang dikeluarkan bank dan penyelesaian transaksi bersama kelebihan kelajuan transaksi blockchain yang boleh beroperasi 24 jam sehari hampir masa nyata.
Canton Network diterangkan sebagai blockchain layer satu yang awam dan permissionless tetapi dibina khusus untuk kewangan institusi dengan menggabungkan ciri privasi pematuhan dan skalabiliti serta ditadbir oleh Canton Foundation bersama penyertaan institusi kewangan besar.
Matlamat Canton ialah membolehkan penyelesaian yang disegerakkan merentas pelbagai kelas aset di atas infrastruktur bersama yang saling beroperasi dan rangkaian ini juga mempunyai token natif Canton Coin untuk sokongan tadbir urus dan pembangunan aplikasi.
Dalam laporan yang sama dinyatakan bahawa membawa JPM Coin secara native ke Canton dilihat sebagai cara mewujudkan wang digital yang dikawal selia dan saling boleh digunakan dalam ekosistem Canton dan bukan hanya terperangkap dalam lejar dalaman satu bank.
Pelaksanaan akan dibuat secara berperingkat sepanjang 2026 dengan fokus awal membina rangka kerja teknikal dan perniagaan untuk membolehkan JPMD dikeluarkan dipindahkan dan ditebus hampir serta merta di Canton dan selepas itu mereka juga mahu meneroka integrasi produk Kinexys lain termasuk akaun deposit blockchain JPMorgan untuk kegunaan pengurusan tunai onchain.

Catat Ulasan