Bitcoin Hyper ($HYPER) mula mencuri tumpuan minggu lepas bila presale projek ini berjaya capai lebih 13 juta dolar. Ramai yang tertanya-tanya, apa sebenarnya Hyper ni? Kalau nak senang faham, ia adalah projek layer-2 baharu yang dibina di atas rangkaian Bitcoin. Layer-2 ni ibarat jalan tambahan yang dibina di atas jalan utama, supaya trafik tak sesak dan perjalanan jadi lebih lancar. Dalam dunia blockchain, maksudnya kos transaksi boleh jadi lebih murah dan proses lebih laju.
Bila Hyper dicipta? Projek ni masih baru, muncul pada tahun 2025 dengan idea nak ubah cara Bitcoin digunakan. Selama ni, Bitcoin lebih terkenal sebagai “emas digital” yang hanya digunakan untuk simpan nilai dan transfer wang. Tapi dengan Hyper, Bitcoin berpotensi jadi programmable money – maksudnya boleh digunakan untuk bina aplikasi terdesentralisasi (dApp) macam DeFi, NFT, dan macam-macam lagi, sama macam Ethereum dan Solana.
Apa kena mengena Bitcoin dengan Solana pula? Hyper tak duduk diam dalam dunia Bitcoin saja. Ia gunakan teknologi Solana Virtual Machine (SVM), yang membolehkan developer bina aplikasi gaya Solana tetapi berjalan dalam ekosistem Bitcoin. Jadi, ini macam jambatan yang menghubungkan dua dunia: kekuatan Bitcoin sebagai aset paling kukuh dengan kelajuan Solana yang terkenal laju.
SVM ni apa pula? Senang cerita, SVM ialah “otak” atau enjin yang digunakan oleh blockchain Solana untuk jalankan aplikasi. Hyper ambil teknologi ni dan bawa masuk ke dalam rangkaian layer-2 Bitcoin. Dengan cara ni, pembangun boleh terus port aplikasi Solana ke Hyper tanpa perlu tulis semula kod dari awal. Ia jimat masa, mesra developer, dan membuka peluang besar untuk dApp muncul dalam ekosistem Bitcoin.
Selain itu, teknologi yang digunakan oleh Hyper, iaitu ZK-rollups, memang tengah hype dalam dunia kripto sekarang. ZK-rollups ni ibarat cara pekatkan banyak transaksi dalam satu blok, kemudian hantar bukti ringkas ke blockchain utama. Hasilnya, kelajuan meningkat, kos lebih murah, dan keselamatan tetap terjamin. Bagi pengguna biasa, maknanya transaksi boleh jadi lebih pantas dan tak sakit poket dengan fee yang tinggi.
Jadi apa kesimpulannya? Hyper cuba menjadikan Bitcoin lebih daripada sekadar simpanan digital. Ia nak bawa Bitcoin ke tahap seterusnya dengan membolehkan orang bina aplikasi, sambungkan ke ekosistem Solana, dan pada masa sama kekal dengan reputasi Bitcoin sebagai aset paling selamat. Sama ada Hyper akan berjaya atau tidak, itu kita kena tunggu, tapi tak dinafikan projek ni antara yang paling viral dan menarik perhatian pelabur sejak kebelakangan ni.

Catat Ulasan