Apa Itu NDAChain?
NDAChain ialah rangkaian blok yang dibangunkan khusus untuk Vietnam. Ia diharapkan menjadi asas utama bagi sistem digital di seluruh negara - macam tulang belakang digital negara.
Tiga Lapisan Ekosistem NDAChain:
1. Lapisan 1 – Platform (Teknologi Asas)
Ini adalah lapisan terendah, di mana semua sistem beroperasi. Ia menggunakan teknologi blockchain yang memastikan smart contract, database, dan rekod logik yang terstruktur. Data di simpan dengan selamat dan tidak boleh diubah. NDAChain ini boleh dianggap sebagai "lebuh raya" untuk data digital.
2. Lapisan 2 – Sistem
Lapisan ini membina pelbagai sistem di atas NDAChain. Ia termasuk:
- NDA DID – identiti digital rakyat (IC digital).
- NDA CEX – sistem pertukaran mata wang digital.
- NDA LLM – sistem kecerdasan AI.
- Data hub – pusat penyimpanan dan pengurusan data.
- SovicoChain, VinChain, MasanChain – rangkaian blockchain untuk syarikat besar.
- Napas – sistem pembayaran nasional Vietnam.
3. Lapisan 3 – Aplikasi (Gunanya Pengguna)
Di sini, rakyat guna aplikasi yang dihubungkan dengan NDAChain. Termasuk:
- Aplikasi sosial: Facebook, Messenger, Zalo.
- Aplikasi pembelian & perkhidmatan: Shopee, Lazada, Grab, Agoda.
- Aplikasi bayaran: Momo, VNVC.
- Juga termasuk jabatan kerajaan dan syarikat besar Vietnam.
Kenapa Ini Penting?
Vietnam kini menjadi salah satu daripada beberapa negara pertama yang mendedikasikan blockchain rasmi negara mereka sendiri. Ini menunjukkan betapa serius mereka dalam menjadi negara digital. Sistem ini lebih selamat, lebih terjamin, dan lebih efisien. Ia juga membantu dalam pengurusan, kewangan, kesihatan, dan urusan kerajaan.
Apa Yang Boleh Kita Belajar dari Vietnam?
Kerajaan Vietnam ini menunjukkan betapa penting untuk mengambil inisiatif untuk mengkang dan memajukan teknologi blockchain. Ia juga menunjukkan betapa penting untuk mempunyai sistem nasional, supaya lebih senang untuk bekerjasama antara syarikat dan kerajaan. Ini boleh menjadi contoh yang baik untuk negara lain, termasuk Malaysia.
Dengan NDAChain, Vietnam menunjukkan arah perjuang mereka dalam teknologi blockchain dan menunjukkan betapa pentingnya sistem digital yang terhubung dan terjamin. Ini adalah langkah majmuk mereka untuk menjadi negara digital yang maju.

Catat Ulasan