Trump Corruption Coin: Bila Meme Coin Jadi Senjata Politik

 



Trump Corruption Coin – Meme Coin Paling Politik Tahun Ini

Beberapa hari lepas, dunia kripto jadi kecoh bila Gabenor California, Gavin Newsom, umumkan pelancaran meme coin satira yang dinamakan Trump Corruption Coin. Nama pun dah cukup panas! Coin ini kononnya bertujuan untuk “mengenakan” Trump, sambil bawa mesej politik. Hasil daripada coin ini katanya akan digunakan untuk projek Campaign for Democracy, termasuk usaha redistricting dan meningkatkan penglibatan pengundi. Kalau ikut vibe, coin ini bukan semata-mata untuk pelaburan tapi lebih kepada simbol politik dan sindiran.

Bagi komuniti kripto, ramai yang gelak tapi pada masa sama skeptikal – betul ke ini coin yang genuine atau sekadar gimik politik untuk tarik perhatian media? Ada yang kata ia hanya tambah lagi satu episod dalam drama politik + kripto yang makin pelik. Bayangkan, dari Dogecoin yang asalnya lawak, sekarang wujud pula Trump Corruption Coin – betul-betul dunia kripto ni tak pernah sunyi.



Gavin Newsom – Gabenor “Tech Friendly” Tapi Kontroversi

Untuk yang mungkin tak kenal, Gavin Newsom ialah Gabenor California sejak tahun 2019. Beliau berasal dari San Francisco, berusia 57 tahun, dan terkenal dengan gaya kepimpinan yang agak progresif. California di bawah pentadbirannya banyak melibatkan diri dengan dasar teknologi, termasuk isu kripto dan AI. Newsom sendiri pernah menandatangani perintah eksekutif pada tahun 2022 untuk mengkaji bagaimana blockchain boleh diguna pakai dalam kerajaan negeri. Jadi memang nampak beliau bukan orang asing dengan dunia crypto-tech ni.

Cuma, kali ini langkahnya melancarkan meme coin politik dianggap pelik oleh sesetengah pihak. Ada yang kata ini “desperate move” sebab pilihan raya presiden makin hampir, dan Newsom dilihat cuba positioning dirinya dalam gelanggang nasional. Kalau coin ni jadi hype, dia boleh tunjuk dia “tech savvy” dan agresif lawan Trump. Tapi kalau gagal, ia akan jadi bahan troll balik kepadanya. Dunia politik memang penuh risiko, tambahan pula bila dicampur dengan kripto.



Kripto Jadi Senjata Politik Baru?

Fenomena ni nampaknya buka mata ramai – kripto bukan lagi sekadar soal pelaburan atau teknologi, tapi dah mula jadi alat politik. Kalau dulu kita nampak Elon Musk main peranan dalam hype Dogecoin, sekarang seorang gabenor negeri besar macam California pun sanggup guna kripto untuk kempen. Ini bagi isyarat bahawa blockchain dan tokenisasi semakin masuk ke arus perdana, walaupun bentuknya pelik dan kontroversial.

Yang menarik, isu ini juga mungkin akan jadi benchmark untuk politik masa depan. Bayangkan kalau selepas ini makin ramai ahli politik cipta token sendiri untuk kutip dana kempen atau buat satira lawan musuh politik. Kalau betul ia trend, maka dunia kripto akan semakin bercampur dengan politik, dan pelabur kena lebih berhati-hati sebab coin sebegini biasanya tak ada nilai fundamental. Yang ada hanyalah hype, troll, dan agenda tersirat. Jadi, soalan besarnya – adakah ini masa depan kripto, atau sekadar gimik sementara?


Post a Comment

Terbaru Lebih lama