TVL Total Value Locked Petunjuk Kesihatan Kripto atau Sekadar Angka?

Dalam dunia kewangan tradisional, kita selalu tengok indeks seperti KLCI, Nasdaq atau harga emas untuk tahu keadaan pasaran semasa. Tapi dalam dunia DeFi (Decentralized Finance) — ada satu angka yang menjadi penanda aras utama: TVL atau Total Value Locked



Apa Itu TVL Dalam Kripto dan DeFi?

TVL atau Total Value Locked ialah jumlah keseluruhan aset (biasanya dalam bentuk kripto) yang terkunci atau digunakan dalam sesuatu projek DeFi (Decentralized Finance). Ia diukur dalam nilai dolar dan menggambarkan berapa banyak nilai yang "dipercayakan" oleh pengguna ke dalam kontrak pintar platform itu — seperti untuk staking, lending, farming, atau liquidity pools.

Kenapa TVL Penting?

TVL sering dijadikan petunjuk utama untuk mengukur populariti dan kekuatan sesebuah projek DeFi. Lagi tinggi TVL, lagi ramai pengguna percaya dan sedia "letak duit" dalam platform tu. Ia juga menunjukkan tahap kecairan (liquidity) yang ada — penting untuk transaksi dan pertukaran token. Dalam erti mudah, TVL boleh diibaratkan macam "akaun simpanan pelanggan" dalam bank digital DeFi.

Kesan Jika TVL Bertambah

Kalau TVL meningkat, itu petanda ramai pelabur sedang masuk dan percaya dengan platform tersebut. Ini boleh membawa kepada peningkatan harga token asal projek, sebab permintaan naik. Lebih banyak dana masuk juga maksudnya lebih banyak kecairan — maka transaksi jadi lebih mudah dan murah. Projek yang TVL-nya meningkat konsisten juga biasanya lebih stabil dan tahan lama.

Kesan Jika TVL Menurun

Sebaliknya, kalau TVL menjunam, itu boleh jadi tanda amaran. Pelabur mungkin sedang tarik keluar dana — sebab tak yakin, harga token jatuh, atau ada isu keselamatan. TVL yang jatuh boleh menyebabkan kecairan makin kurang, menyebabkan transaksi jadi mahal dan lambat. Kadang-kadang, TVL jatuh juga berlaku bila projek ditinggalkan atau rugi besar.

Contoh DeFi Popular Berdasarkan TVL

Antara projek DeFi paling terkenal dengan TVL tinggi termasuklah Lido (staking), Aave (lending), MakerDAO (stablecoin), dan Uniswap (DEX). Platform-platform ini sering tersenarai dalam carta TVL global dan jadi rujukan utama pelabur sebelum memilih tempat untuk letak aset mereka.

Nak mudah faham: TVL ni macam berapa ramai orang sanggup simpan duit dalam satu sistem. Kalau makin ramai simpan, nampak kukuh dan dipercayai. Tapi kalau tiba-tiba semua orang keluarkan duit, itu boleh jadi tanda sistem tu tak selamat, atau orang dah tak yakin.

Kalau kawan kau ada cerita pasal token baharu, tanya dia dulu — "TVL berapa sekarang?" Baru boleh tahu serius ke tidak

Post a Comment

Terbaru Lebih lama