Sejak kelulusan ETF Bitcoin pada awal 2024, pasaran kripto menyaksikan lonjakan institusi yang luar biasa. Bitcoin menjadi pilihan utama pelabur besar, dan dominasi pasaran mencecah lebih 66%. Namun, dalam senyap, altcoin mula menunjukkan tanda-tanda kebangkitan. Ethereum, Solana, XRP dan beberapa token lain mula menarik perhatian semula — bukan hanya dari retail traders, tetapi juga institusi yang dahulunya hanya fokus pada BTC.
Altcoin Mula Menyengat
Dalam minggu terakhir Julai 2025, Ethereum melonjak hampir 35%, mengatasi prestasi Bitcoin yang hanya naik sekitar 11.75%. ETF Ethereum mencatat aliran masuk lebih 79,000 ETH, dengan BlackRock sahaja mengumpul lebih 55,000 ETH dalam masa sebulan. Ini menunjukkan bahawa pelabur institusi mula melihat ETH bukan sekadar platform kontrak pintar, tetapi sebagai aset pelaburan jangka panjang. Solana pula kembali ke paras $200, manakala XRP melonjak 23% selepas berita positif berkaitan ETF.
Fakta Dominasi & Peralihan Modal
Menurut analisis Coin360 dan CryptoQuant, Bitcoin ETF kini menguasai lebih 90% daripada keseluruhan aset dana kripto global, dengan lebih 1.1 juta BTC disimpan dalam ETF institusi seperti BlackRock dan Fidelity. Namun, dominasi ini mula goyah. Dalam seminggu terakhir, dominasi pasaran Bitcoin jatuh sebanyak 2.98%, antara penurunan mingguan terbesar tahun ini. Ethereum ETF pula mencatat aliran masuk $256 juta dalam Julai sahaja, manakala altcoin seperti Solana dan XRP mula mendapat perhatian institusi melalui permohonan ETF baharu. Menurut Binance Research, BNB telah melepasi paras $800 dan mula digunakan sebagai aset rizab korporat oleh lebih 30 syarikat. Walaupun Bitcoin masih menjadi “anchor” kepada pasaran ETF, data menunjukkan bahawa institusi mula mempelbagaikan portfolio mereka, dan altcoin kini menjadi pilihan strategik untuk diversifikasi dan potensi pulangan lebih tinggi.
Kalau Bitcoin tu macam abang sulung yang kerja bank — stabil, steady, semua orang hormat. Altcoin ni pula adik bongsu yang baru balik dari overseas, bawa idea gila-gila, tapi tiba-tiba dapat funding RM10 juta sebab startup dia viral. Dulu orang pandang sebelah mata, sekarang semua nak join team dia. Bila Ethereum naik macam ni, Solana pun dah mula tunjuk taring, XRP pula macam tengah warm-up sebelum sprint. Kalau kau masih fikir altcoin ni sekadar pelengkap, kau mungkin tertinggal bas yang dah mula bergerak laju.
Walaupun Bitcoin kekal sebagai raja ETF dan aset institusi, altcoin kini bukan lagi sekadar pelengkap. Dengan ETF altcoin mula mendapat kelulusan, aliran modal institusi semakin terbuka kepada aset seperti Ethereum, Solana dan XRP. Altcoin bukan sahaja relevan semula — mereka sedang membina momentum untuk mencabar dominasi Bitcoin. Bagi pelabur yang bersedia mengambil risiko dan melihat potensi teknologi, altcoin mungkin menjadi peluang sebenar dalam separuh kedua 2025.

Catat Ulasan