Drift Protocol Dalam Siasatan: Apa Implikasi Insiden Ini Kepada Ekosistem DeFi?

 Berita paling panas seterusnya datang daripada Drift Protocol di rangkaian Solana, apabila beberapa sumber melaporkan pengeluaran mencurigakan dan kemungkinan eksploit bernilai ratusan juta dolar. Cointelegraph sendiri turut memetik insiden keselamatan besar dalam liputan harian crypto hari ini, menjadikan isu ini antara yang paling dibincangkan.

Laporan susulan menyatakan dana berpindah ke dompet yang disyaki dikawal penyerang, dan pasukan Drift meminta pengguna supaya tidak memasukkan dana baharu sementara siasatan dijalankan. Langkah begini biasanya dibuat apabila pasukan belum pasti sama ada punca masalah datang daripada pepijat kontrak pintar, kunci peribadi yang bocor, atau manipulasi oracle.




Beberapa laporan pasaran menyebut anggaran kerugian berada pada paras sekitar $200 juta hingga $285 juta, menjadikan ini antara insiden DeFi terbesar pada tahun 2026 setakat ini. Walaupun angka tepat masih berubah ikut sumber, kesannya kepada keyakinan pengguna memang jelas: token DRIFT jatuh mendadak sebaik berita tersebar.
Dari sudut yang lebih luas, insiden ini bukan kes terpencil. Data awal 2026 menunjukkan ratusan juta dolar telah hilang akibat hack dan exploit DeFi, dengan banyak kes berpunca daripada kelemahan yang sebenarnya boleh dicegah seperti kebocoran kunci dan bug kontrak pintar.

Dalam bahasa mudah, ini bukan sekadar isu satu projek. Ia macam pintu rumah yang nampak cantik dari luar, tapi kalau sistem kuncinya lemah, orang luar tetap boleh masuk walau rumah itu sibuk dan moden. Sebab itu audit, pengurusan kunci, dan pemantauan onchain perlu jadi asas, bukan hiasan.

Untuk pengguna Solana dan pedagang DeFi, kejadian ini mengingatkan bahawa peluang besar selalu datang bersama risiko besar. Kalau nak main laju, kena ada disiplin; kalau tak, modal boleh lesap sebelum sempat sempat “nak hold sekejap”.

Drift Protocol ialah platform dagangan crypto terdesentralisasi di rangkaian Solana yang membolehkan pengguna berdagang terus dari dompet sendiri tanpa menyerahkan kawalan aset kepada bursa berpusat. Ia paling dikenali sebagai platform perpetual futures, tetapi turut menawarkan spot trading, pinjam-meminjam, staking, dan fungsi kecairan dalam ekosistemnya.

Fungsi utama Drift ialah DEX yang fokus pada dagangan derivatif seperti perpetual swaps atau perpetual futures, iaitu kontrak dagangan tanpa tarikh luput tetap. Platform ini juga menyokong dagangan spot dan menggunakan sistem cross-margin, jadi satu kumpulan cagaran boleh digunakan untuk beberapa posisi secara lebih cekap.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama